modul polis yang lepas telah memberi peluang kepada saya untuk mencuba aktiviti menembak menggunakan pistol p99. satu pengalaman yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila. pistol yang hanya seberat 690 gram itu terasa seperti berkilo-kilo beratnya apabila diacukan ke hadapan.
sebelum dibenarkan memegang pistol buatan US tersebut, kami terlebih dahulu diberikan penerangan yang terperinci mengenai struktur pistol dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diamalkan bagi menjamin keselamatan semua.
hari yang ditunggu-tunggu (17/12/2011) pun tiba. seawal jam 5.30 pagi aku dah bersiap-siap mengemas barang untuk dibawa pulang memandangkan petang ini kami semua akan bergerak pulang ke bukit kiara.
perjalanan kami ke lapang sasar pada pagi itu dengan menaiki balck maria. saya berpeluang duduk di depan kerana menemankan kak yan yang sakit kaki.
sesampai di sana, kami semua terus diminta untuk bergerak ke bahagian belakang. setelah segala persiapan selesai dilaksanakan, ujian dimulakan oleh 10 orang peserta lelaki sidang kami. pertama kali mendengar peluru hidup dilepaskan dari pistol tersebut,jantung saya rasa macam nak melompat keluar. kuat sungguh bunyi dia. macam manalah petugas keamanan mampu bertahan mendengar bunyi tembakan tersebut walhal saya yang baru sekali dengar pun dah terkejut tahap cipan.
sepanjang empat detail (panggilan untuk barisan yang terdiri daripada 10 orang) yang telah menembak, tiga orang peserta lelaki telah mendapat markah penuh, 100%. bila tiba giliran saya menembak, hati saya berdebar-debar sampai boleh dengar degupan jantung yang semakin kencang. takut nak pegang pistol yang diisi dengan peluru hidup. hanya doa sebagai bekalan agar segalanya berjalan lancar dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku kepada kami semua.
alhamdulillah, saya berjaya menempatkan diri sebaris dengan tiga orang jejaka yang mendapat markah penuh itu. gembira tak terkata. pengalaman paling manis buat diri saya yang baru pertama kali memegang pistol. sukaaaaaaaaa sangatttttttttttttt
walaupun akhirnya saya dapat tempat kedua dalam pertandingan akhir tapi still happy tak terhingga