Saturday, December 15, 2012

satu dalam sejuta

betapa mudahnya menjadi seorang lelaki. mudah juga menjadi seorang abang kepada insan kerdil seperti aku. acapkali mama dimasukkan ke hospital, kedatangan mereka umpama melawat rakan sepejabat yang demam dan dimasukkan ke hospital. baru dua jam menunggu sudah pelbagai status dicoretkan di wall fbnya..sehinggakan ungkapan lembu berpegang pada tali pun keluar tatkala aku pulang ke rumah mengambil keperluan mama, mandi, solat dan menjamah sedikit makanan. satu kesalahan kerana aku lewat kembali semula ke hospital. kecil hatiku membaca coretannya di wall fb. tidak terfikirkah dia yang adiknya itu pasti belum makan kerna dari pagi menemani mana.

aku pasrah. anak lelaki zaman sekarang sudah tidak boleh diharapkan sebagai tonggak institusi kekeluargaan. sungguh sukar mencari anak lelaki yang sabar melayani kerenah dan menjaga ibu yang telah membesarkannya. andai ada anak lelaki yang sanggup meladeni serta menjaga mama dengan penuh kesabaran, pasti akan ku sunting jejaka tersebut sebagai pendamping sepanjang hayat..

pada-Mu ku bermohon

mama admitted di hospital putrajaya pagi tadi. dia jatuh dalam bilik air dan tak sedarkan diri. alhamdulillah tiada kecederaan dimana-mana. cuma tekanan darah yang sedikit tinggi. mungkin kerana belum makan apa-apa ubat darah tinggi dari pagi tadi.

lepas saya suntik insulin pagi tadi, mama tertido semula sebab mengantuk sangat katanya. saya pulak lepas suntik mama terus ke dapur sediakan sarapan pagi. lepas tu saya lepak depan tv. langsung tak sedar bila terlelap kembali.

saya terjaga sebab macam terdengar-dengar suara mama memanggil nama saya. bila saya sampai di bilik, kelihatan mama dah tertiarap di atas lantai bilik air. hanya tuhan yang tahu betapa panik saya di kala itu.

perkara pertama yang saya lakukan ialah cuba untuk terlentangkan mama. namun setakat manalah kudrat seorang wanita lemah macam saya ini. saya hubungi ambulans dan kemudian abang ipar dan kakak saya. 10minit kemudian kakak saya sampai dan tak lama selepas itu ambulans pun sampai.

test glukos dijalankan dan didapati kandungan glukos dalam darah mama rendah sangat. mama dah celik mata tapi dia tak dapat nak cam orang yang ada disekelilingnya. setelah disuntik dengan glukos, mama saya dikejarkan ke wad kecemasan hospital putrajaya. memandangkan usianya yang sudah mencecah 59 tahun, dia terus ditolak ke zon kuning. zon separa kritikal. bila dicek sekali lagi, kandungan glukosnya ialah 2.9. sangat rendah.

setelah 2 jam ditempatkan di zon pemerhatian ruangan kecemasan, doktor memutuskan supaya mama dimasukkan ke wad 4b.

dan alhamdulillah sekarang keadaannya semakin pulih. masih sedikit menggigil kerana tak tahan sejuk. semoga allah berkati mama dengan kesihatan dan kesembuhan. amin

Saturday, September 29, 2012

tired but happy

hari ni sangat menyeronokkan..dah lama tak dapat rasai pengalaman berpeluh di tengah panas dan berusaha merampas dan menepis seberapa banyak bola dari team lawan..its a joy..rindukan kenangan semasa zaman universiti..berhempas pulas mewakili fakulti..msin netball sambil cuci mata ;p

Saturday, September 22, 2012

sister's bonding

one thing i like about kim kardashian's sitcom - the bonding between sisters..walau macam mana teruk mereka bergaduh pun bila ada masalah they support each other and always there for each other..sister's talk is the best in the world

Wednesday, September 19, 2012

bila mama mula berkata-kata...

rutin harian saya lepas balik kerja ialah lepak depan tv dengan mama sambil menikmati dinner kami pada hari tersebut..hari ni rutin kami berubah sebab saya mandi dan solat dulu baru lepak depan tv dengan mama menonton filem naga bonar jadi 2 di astro indo pack (cant remember either pelangi or the other one)..

bila tiba part bonaga luahkan perasaan pada monita, mama start perbualan yang lebih kurang camni: 

mama: cik yah pun pesan jangan tunggu lama-lama (cik yah is my mom's youngest sister)
saya: bila mama call cik yah?
mama: malam semalam
saya: ooo..ok
mama: dia suruh mama cakap dengan adik jangan memilih sangat..nanti terus tak jadi kawen
saya: *speechless*

bukannya saya ni pemilih tapi dah jodoh belum sampai lagi, saya nak buat macam mana kan..bukan alami saya menjadi perigi yang mencari timba..huhu..delima seorang wanita..bila dah semakin berusia dan belum berumahtangga pasti akan dilabel sebagai seorang yang terlampau memilih..

terima kasih sebab ambil berat akan diri saya..tapi percayalah jodoh saya telah ditetapkan Yang Maha Kuasa..andai kata saya tidak bertemu jodoh di dunia yang fana ini pastinya saya akan ketemuinya di akhirat nanti..pohon semoga dipanjatkan doa agar dipermudahkan segala urusan ini

Thursday, August 9, 2012

wish for a younger brother

dalam keadaan sekarang ni, saya sangat berharap ada adik lelaki yang boleh saya bergantung harap. stress sangat rasanya dengan abang saya ni. patutnya sebagai anak lelaki sulung dalam keluarga dia lebih prihatin dengan masalah saya dan mama. sepatutnya pada dialah saya mengharapkan bantuan. bukannya saya minta dia keluarkan duit pun. saya cuma minta bantuan untuk urusan mama. ibu kandung dia jugak pun. bukan ibu orang lain. adakah semua perkara berkaitan mama bukan urusan dia lagi.

sedih rasanya.

Friday, May 11, 2012

made my day

as u know, balik dari kursus tu saya kembali ke jabatan lama. kembali menguruskan baby project yang saya usahakan sebelum ni dan ditambahkan dengan urusan parlimen. so, segala maklum balas akan saya selaraskan sebelum dikemukakan kepada pejabat menteri dan bahagian kabinet. termasuklah jawapan yang disediakan oleh agensi di bawah seliaan kami.

nak dijadikan cerita, pada selasa petang saya dapat panggilan telefon daripada pegawai khas menteri bagi urusan parlimen. dia minta saya combine jawapan bagi ketiga-tiga soalan agensi seliaan kami tu untuk dibacakan sekaligus jawapannya pada hari rabu, 9 mei 2012 (sepatutnya satu je soalan naik 9 hb dan 2 soalan lagi paad 10hb).

saya terus rujuk pengarah macam mana nak buat sebab tak pernah lagi berdepan dengan situasi macam ni. dia suruh saya sediakan je jawapan yang telah di compile tu. lepas dah combine jawapan tu, bila baca balik rasa macam jawapan untuk soalan ketiga tu macam tergantung. Saya quote balik soalan pada awal ayat bagi jawapan ketiga tu dan baca jumpa pengarah untuk semakan dan beliau setuju dengan jawapan tersebut. jawapan tersebut diemelkan kepada pejabat menteri dan pegawai di agensi seliaan tu.

so, pada pagi rabu pegawai seliaan tu jumpa timbalan menteri untuk brief jawapan tersebut (since timbalan menteri yang akan bacakan jawapan). tengahari tu saya dapat emel mengatakan tiada soalan tambahan. kemudian pada jam 3ptg ketua jabatan agensi seliaan tu hantar emel pada saya dan cc kepada semua bos kat jabatan saya maklumkan bahawa saya dah buat perubahan yang substantial pada jawapan tersebut. panjang lebar emel yang dihantar tu.

semalam saya jumpa pengarah dan tkp berkenaan perkara ni dan keputusan yang diambil ialah reply emel tersebut untuk memohon maaf. emel saya saya forwardkan kepada semua bos saya termasuk dato' kp. amazingly, pagi ni bila cek emel ada emel balasan daripada dato' kp menyatakan:


Jangan bimbang, nanti kita bincang strategi baru.
Nanti dtg bincang dgn saya. OK

.S.P.E.E.C.H.L.E.S.S.
.H.A.P.P.Y.

Monday, April 2, 2012

i'm back

Hari pertama kembali bertugas setelah 6 bulan berfoya-foya di intan. Masuk-masuk pejabat je tengok sunyi sepi sebab semua pegawai kena standby di Parlimen. Yang ada pun kerani dan PAP. Anyway, semoga segalanya berjalan lancar dengan pentadbiran baru.

Friday, March 2, 2012

zapin oh zapin...

Hari Pertama:

Pengalaman pertama belajar zapin secara serius daripada jurulatih yang merupakan seorang penari zapin bagi negeri johor. Sangat menyeronokkan. Tak sangka walaupun saya tak pandai langsung menari (ambil maklum bahawa saya tegaskan perkataan tak pandai langsung tu ye), saya tetap enjoy belajar berzapin. First impression tarian ni agak memeningkan kepada saya. Tapi sebab kawan saya tak henti-henti bagi semangat supaya cuba dulu, saya teruskan juga. Dan keputusannya, saya pasti akan pergi lagi malam esok. Wish me luck ok =)

Saturday, February 25, 2012

terjah ke kota singa

Salah satu modul yang perlu saya sempurnakan untuk melengkapkan kursus saya ialah modul perhubungan antarabangsa. Modul ini memberi kesempatan kepada saya melawat ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan Civil Service College (CSC), Singapore.

*****

Satu pengalaman yang amat berharga kerana berpeluang menemui Pengarah CSC. Seorang lelaki berbangsa Cina yang agak muda pada hemat saya untuk menjawat jawatan sebagai seorang pengarah unit latihan yang melahirkan kakitangan awam. Namun, setelah berkesempatan mendengar taklimat yang beliau sampaikan, keraguan yang wujud pada awalnya lenyap dibawa angin. Kredibiliti beliau terserlah melalui setiap patah perkataan yang keluar daripada mulutnya.

*****

Setelah itu, kami berpeluang untuk melawat ke Orchard Road bagi mendapatkan cenderahati sebagai kenang-kenangan. Bagi kami kaum perempuan, kesempatan untuk membeli-belah ini memang amat dinanti-nantikan. hasilnya saya dapat sebotol minyak wangi dan key chains.

*****

Tapi pengalaman yang paling tak boleh dilupakan ialah berkarok sampai 130 pagi dengan rakan sekongkol terbaik saya. Sebelum ni kalau pergi karok mesti saya tertidur tapi kali ni dengan saya sekali berkarok. Syiokkkk