Salah satu modul yang perlu saya sempurnakan untuk melengkapkan kursus saya ialah modul perhubungan antarabangsa. Modul ini memberi kesempatan kepada saya melawat ke Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura dan Civil Service College (CSC), Singapore.
*****
Satu pengalaman yang amat berharga kerana berpeluang menemui Pengarah CSC. Seorang lelaki berbangsa Cina yang agak muda pada hemat saya untuk menjawat jawatan sebagai seorang pengarah unit latihan yang melahirkan kakitangan awam. Namun, setelah berkesempatan mendengar taklimat yang beliau sampaikan, keraguan yang wujud pada awalnya lenyap dibawa angin. Kredibiliti beliau terserlah melalui setiap patah perkataan yang keluar daripada mulutnya.
*****
Setelah itu, kami berpeluang untuk melawat ke Orchard Road bagi mendapatkan cenderahati sebagai kenang-kenangan. Bagi kami kaum perempuan, kesempatan untuk membeli-belah ini memang amat dinanti-nantikan. hasilnya saya dapat sebotol minyak wangi dan key chains.
*****
Tapi pengalaman yang paling tak boleh dilupakan ialah berkarok sampai 130 pagi dengan rakan sekongkol terbaik saya. Sebelum ni kalau pergi karok mesti saya tertidur tapi kali ni dengan saya sekali berkarok. Syiokkkk