Friday, May 11, 2012

made my day

as u know, balik dari kursus tu saya kembali ke jabatan lama. kembali menguruskan baby project yang saya usahakan sebelum ni dan ditambahkan dengan urusan parlimen. so, segala maklum balas akan saya selaraskan sebelum dikemukakan kepada pejabat menteri dan bahagian kabinet. termasuklah jawapan yang disediakan oleh agensi di bawah seliaan kami.

nak dijadikan cerita, pada selasa petang saya dapat panggilan telefon daripada pegawai khas menteri bagi urusan parlimen. dia minta saya combine jawapan bagi ketiga-tiga soalan agensi seliaan kami tu untuk dibacakan sekaligus jawapannya pada hari rabu, 9 mei 2012 (sepatutnya satu je soalan naik 9 hb dan 2 soalan lagi paad 10hb).

saya terus rujuk pengarah macam mana nak buat sebab tak pernah lagi berdepan dengan situasi macam ni. dia suruh saya sediakan je jawapan yang telah di compile tu. lepas dah combine jawapan tu, bila baca balik rasa macam jawapan untuk soalan ketiga tu macam tergantung. Saya quote balik soalan pada awal ayat bagi jawapan ketiga tu dan baca jumpa pengarah untuk semakan dan beliau setuju dengan jawapan tersebut. jawapan tersebut diemelkan kepada pejabat menteri dan pegawai di agensi seliaan tu.

so, pada pagi rabu pegawai seliaan tu jumpa timbalan menteri untuk brief jawapan tersebut (since timbalan menteri yang akan bacakan jawapan). tengahari tu saya dapat emel mengatakan tiada soalan tambahan. kemudian pada jam 3ptg ketua jabatan agensi seliaan tu hantar emel pada saya dan cc kepada semua bos kat jabatan saya maklumkan bahawa saya dah buat perubahan yang substantial pada jawapan tersebut. panjang lebar emel yang dihantar tu.

semalam saya jumpa pengarah dan tkp berkenaan perkara ni dan keputusan yang diambil ialah reply emel tersebut untuk memohon maaf. emel saya saya forwardkan kepada semua bos saya termasuk dato' kp. amazingly, pagi ni bila cek emel ada emel balasan daripada dato' kp menyatakan:


Jangan bimbang, nanti kita bincang strategi baru.
Nanti dtg bincang dgn saya. OK

.S.P.E.E.C.H.L.E.S.S.
.H.A.P.P.Y.