Saturday, December 15, 2012

satu dalam sejuta

betapa mudahnya menjadi seorang lelaki. mudah juga menjadi seorang abang kepada insan kerdil seperti aku. acapkali mama dimasukkan ke hospital, kedatangan mereka umpama melawat rakan sepejabat yang demam dan dimasukkan ke hospital. baru dua jam menunggu sudah pelbagai status dicoretkan di wall fbnya..sehinggakan ungkapan lembu berpegang pada tali pun keluar tatkala aku pulang ke rumah mengambil keperluan mama, mandi, solat dan menjamah sedikit makanan. satu kesalahan kerana aku lewat kembali semula ke hospital. kecil hatiku membaca coretannya di wall fb. tidak terfikirkah dia yang adiknya itu pasti belum makan kerna dari pagi menemani mana.

aku pasrah. anak lelaki zaman sekarang sudah tidak boleh diharapkan sebagai tonggak institusi kekeluargaan. sungguh sukar mencari anak lelaki yang sabar melayani kerenah dan menjaga ibu yang telah membesarkannya. andai ada anak lelaki yang sanggup meladeni serta menjaga mama dengan penuh kesabaran, pasti akan ku sunting jejaka tersebut sebagai pendamping sepanjang hayat..

pada-Mu ku bermohon

mama admitted di hospital putrajaya pagi tadi. dia jatuh dalam bilik air dan tak sedarkan diri. alhamdulillah tiada kecederaan dimana-mana. cuma tekanan darah yang sedikit tinggi. mungkin kerana belum makan apa-apa ubat darah tinggi dari pagi tadi.

lepas saya suntik insulin pagi tadi, mama tertido semula sebab mengantuk sangat katanya. saya pulak lepas suntik mama terus ke dapur sediakan sarapan pagi. lepas tu saya lepak depan tv. langsung tak sedar bila terlelap kembali.

saya terjaga sebab macam terdengar-dengar suara mama memanggil nama saya. bila saya sampai di bilik, kelihatan mama dah tertiarap di atas lantai bilik air. hanya tuhan yang tahu betapa panik saya di kala itu.

perkara pertama yang saya lakukan ialah cuba untuk terlentangkan mama. namun setakat manalah kudrat seorang wanita lemah macam saya ini. saya hubungi ambulans dan kemudian abang ipar dan kakak saya. 10minit kemudian kakak saya sampai dan tak lama selepas itu ambulans pun sampai.

test glukos dijalankan dan didapati kandungan glukos dalam darah mama rendah sangat. mama dah celik mata tapi dia tak dapat nak cam orang yang ada disekelilingnya. setelah disuntik dengan glukos, mama saya dikejarkan ke wad kecemasan hospital putrajaya. memandangkan usianya yang sudah mencecah 59 tahun, dia terus ditolak ke zon kuning. zon separa kritikal. bila dicek sekali lagi, kandungan glukosnya ialah 2.9. sangat rendah.

setelah 2 jam ditempatkan di zon pemerhatian ruangan kecemasan, doktor memutuskan supaya mama dimasukkan ke wad 4b.

dan alhamdulillah sekarang keadaannya semakin pulih. masih sedikit menggigil kerana tak tahan sejuk. semoga allah berkati mama dengan kesihatan dan kesembuhan. amin