Lama betul kakak tak jenguk kat sini. Dah berkulat jadinya. In sha Allah, pelah-pelan kita start menulis semula ya.
Hari ni kakak nak share pengalaman renew passport di Menara Ikhlas, Presint 3, Putrajaya. Kalau yang datang menaiki kereta digalakkan jika bawa kawan sekali yang boleh tolong drop-off di lobi sahaja. Kalau yang memandu sendiri boleh perking di kawasan lapang berhadapan Menara Ikhlas. Tapi agak mencabar nak mencari parking sebab ruang yang terhad dan keadaan kawasan parking yang tidak berturap, so berbatu-batu serta tidak rata. Kena banyak-banyak bersabar nak cari ruang kosong. Kakak tadi pusing 5 kali baru dapat parking.
Kawan kakak nasihatkan supaya sampai di kaunter mengambil nombor (aras 3, Menara Ikhlas) sebelum pukul 11 pagi kerana jika lambat dikhuatiri nombor bagi hari tersebut telah habis. Kakak sampai tadi dalam pukul 10.30 pagi dan rezeki kakak hari ni dapat nombor giliran 1133, nombor semasa 1113, so ada 20 orang yang sedang menunggu. In the mean time, kalau haus bolehlah beli air dari vending machine. Minuman panas dan sejuk pun ada selain air tin dan air mineral.
Dalam pukul 11.30 pagi nombor giliran kakak dipanggil. Kali ni kakak dah siap-siap pakai tudung warna navy blue. Kali terakhir kakak datang renew passport kakak pakai tudung warna merah. Pegawai di kaunter arahkan kakak tukar tudung dan pakai tudung instant yang disediakan di situ. Kalau dah namanya pun tudung pinjam, haruslah tak ikut bentuk muka kita dan kecik. So, pipi kakak yang dah sedia gebu ni memang tersembul keluar daripada tudung tu 😞
Lepas dah selesai urusan ambil gambar di kaunter, kakak diminta duduk kembali dan tunggu sehingga nombor kakak dipanggil kembali. 30 minit kemudian nombor kakak dipanggil untuk membuat bayaran sebanyak RM200 untuk tempoh 5 tahun. Sekarang ni kita dah tak boleh pilih tempoh renew passport sebab semuanya dah diseragamkan kepada 5 tahun. Bagi golongan kanak-kanak (di bawah 12 tahun), warga emas (60 tahun ke atas), pelajar yang melanjutkan pengajian peringkat ijazah di luar negara (di bawah 21 tahun) dan jemaah haji dikenakan bayaran sebanyak RM100. Manakala bagi golongan orang kurang upaya adalah percuma (boleh rujuk laman web Jabatan Imigresen Malaysia: http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa.html)
Resit kuning yang diberikan setelah urusan pembayaran perlu disimpan dan dikemukakan di kaunter serahan masa nak ambil passport yang dah siap. Hanya pemilik passport yang boleh ambil passport yang dah siap. So, janganlah wakilkan orang lain datang ambil ya, waima adik beradik sekalipun.
Tempoh masa untuk passport siap adalah 1 jam daripada waktu selesai urusan bayaran. Memandangkan pejabat kakak dekat je dengan Menara Ikhlas tu, kakak datang semula pukul 2.00 petang untuk ambil passport yang telah siap. Kenapa pukul 2.00 petang? Sebab kaunter Imigresen tutup waktu rehat pukul 1.00 - 2.00 petang. Dah dapat passport tu jangan lupa semak maklumat pemilik. Takut salah passport pulak. Almaklum, mereka pun manusia biasa kan.
Kalau yang nak beli cover keras warna merah tu boleh beli di kaunter tu jugak. RM5.00 bagi setiap unit. Kalau nak fancy lagi boleh je order online. Banyak dah online seller yang jual passport cover sekarang ni.
Kakak harap post kali sedikit sebanyak dapat membantu 😄