Thursday, September 13, 2018

Honda Insurance Package (HIP)

Lepas balik kerja petang semalam kakak terus singgah Mydin nak cari barang sikit. Ngam-ngam kakak nak gerak masuk dalam kedai tetiba pemandu lori yang dah siap punggah barang minta kakak alihkan kereta sebab dia nak keluar. Pulas-pulas kunci tapi enjin tak boleh nak start. Ah sudah. Time nilah dia nak buat perangai pulak kan. Pemandu lori tu dah tarik muka sebab kakak masih belum alihkan kereta.

Cepat-cepat kakak call HIP Call Centre (1-800-18-1177 @ 03-2685 6377) minta bantuan mekanik untuk jump start kereta. 30 minit lepas tu sampailah adik mekanik ni bawa portable jump starter macam dalam gambar kat bawah ni. Sekejap je dah hidup semula kereta kakak ni. 


Since sebelum ni kakak ada standby 1 bateri kat rumah, kakak minta adik ni tolong gantikan. Tak sampai 5 minit dah siap semuanya. Servis memang terbaiklah. Sebelum ni pun kalau masalah bateri atau tayar pancit pun kakak call HIP Call Centre jugak. Tu yang buat kakak setia lagi dengan HIP sampai sekarang. Tak payah kakak nak kalut tahan kereta yang lalu lalang.

Bateri standby tu kakak beli dekat kedai Astia Battery Services, Bangi jenama Century Continental  harga RM210. Kawan kakak sebelum ni pun bateri di kong habis. Dia call bateriku.com (1-300-22-2324 @ whatsapp 012-938 8621/ 011-5675 6728/ 011-5675 6729) Dia kena charge RM190. So next time memang kakak call bateriku.com je terus.

Thursday, September 6, 2018

BANK ISLAM DEBIT CARD ANNUAL FEE

Dari tajuk pun dah tau kakak nak cakap pasal apa kan. 

Selama ni kakak ingatkan kad debit  Bank Islam kakak tu tak dikenakan sebarang caj tahunan. Sebelum ni malas nak semak penyata bulanan. Tergeraklah pulak hati ni nak semak penyata bulan Ogos. Bayangkan punyalah terkejut kakak kenapa ada BIDC Charges (caj tahunan) sebanyak RM13 dikenakan pada 30 Ogos 2018. Mulanya ingatkan kakak ada langgan apa-apa perkhidmatan tapi lupa. Kakak call BIMB Hotline (03-2690 0900) dan dimaklumkan memang sejak lama dahulu lagi Bank Islam memang mengenakan caj tahunan kepada pemegang kad debit mereka.

Moral of the story, lepas ni kakak kena rajin-rajin semak penyata bulanan. Takdelah nanti terkejut badak bila terpapar apa-apa caj luar alam dalam penyata tu.

p/s: kakak ingatkan takde caj tahunan kad debit ni since kad debit dan kad kredit Maybank kakak takde kena sebarang caj tahunan pun ☹

Tuesday, August 28, 2018

RENEW PASSPORT

Lama betul kakak tak jenguk kat sini. Dah berkulat jadinya. In sha Allah, pelah-pelan kita start menulis semula ya.

Hari ni kakak nak share pengalaman renew passport di Menara Ikhlas, Presint 3, Putrajaya. Kalau yang datang menaiki kereta digalakkan jika bawa kawan sekali yang boleh tolong drop-off di lobi sahaja. Kalau yang memandu sendiri boleh perking di kawasan lapang berhadapan Menara Ikhlas. Tapi agak mencabar nak mencari parking sebab ruang yang terhad dan keadaan kawasan parking yang tidak berturap, so berbatu-batu serta tidak rata. Kena banyak-banyak bersabar nak cari ruang kosong. Kakak tadi pusing 5 kali baru dapat parking.


Kawan kakak nasihatkan supaya sampai di kaunter mengambil nombor (aras 3, Menara Ikhlas) sebelum pukul 11 pagi kerana jika lambat dikhuatiri nombor bagi hari tersebut telah habis. Kakak sampai tadi dalam pukul 10.30 pagi dan rezeki kakak hari ni dapat nombor giliran 1133, nombor semasa 1113, so ada 20 orang yang sedang menunggu. In the mean time, kalau haus bolehlah beli air dari vending machine. Minuman panas dan sejuk pun ada selain air tin dan air mineral. 

Dalam pukul 11.30 pagi nombor giliran kakak dipanggil. Kali ni kakak dah siap-siap pakai tudung warna navy blue. Kali terakhir kakak datang renew passport kakak pakai tudung warna merah. Pegawai di kaunter arahkan kakak tukar tudung dan pakai tudung instant yang disediakan di situ. Kalau dah namanya pun tudung pinjam, haruslah tak ikut bentuk muka kita dan kecik. So, pipi kakak yang dah sedia gebu ni memang tersembul keluar daripada tudung tu 😞

Lepas dah selesai urusan ambil gambar di kaunter, kakak diminta duduk kembali dan tunggu sehingga nombor kakak dipanggil kembali. 30 minit kemudian nombor kakak dipanggil untuk membuat bayaran sebanyak RM200 untuk tempoh 5 tahun. Sekarang ni kita dah tak boleh pilih tempoh renew passport sebab semuanya dah diseragamkan kepada 5 tahun. Bagi golongan kanak-kanak (di bawah 12 tahun), warga emas (60 tahun ke atas), pelajar yang melanjutkan pengajian peringkat ijazah di luar negara (di bawah 21 tahun) dan jemaah haji dikenakan bayaran sebanyak RM100. Manakala bagi golongan orang kurang upaya adalah percuma (boleh rujuk laman web Jabatan Imigresen Malaysia: http://www.imi.gov.my/index.php/ms/perkhidmatan-utama/pasport/pasport-malaysia-antarabangsa.html)

Resit kuning yang diberikan setelah urusan pembayaran perlu disimpan dan dikemukakan di kaunter serahan masa nak ambil passport yang dah siap. Hanya pemilik passport yang boleh ambil passport yang dah siap. So, janganlah wakilkan orang lain datang ambil ya, waima adik beradik sekalipun.

Tempoh masa untuk passport siap adalah 1 jam daripada waktu selesai urusan bayaran. Memandangkan pejabat kakak dekat je dengan Menara Ikhlas tu, kakak datang semula pukul 2.00 petang untuk ambil passport yang telah siap. Kenapa pukul 2.00 petang? Sebab kaunter Imigresen tutup waktu rehat pukul 1.00 - 2.00 petang. Dah dapat passport tu jangan lupa semak maklumat pemilik. Takut salah passport pulak. Almaklum, mereka pun manusia biasa kan.

Kalau yang nak beli cover keras warna merah tu boleh beli di kaunter tu jugak. RM5.00 bagi setiap unit. Kalau nak fancy lagi boleh je order online. Banyak dah online seller yang jual passport cover sekarang ni.

Kakak harap post kali sedikit sebanyak dapat membantu 😄

Saturday, December 15, 2012

satu dalam sejuta

betapa mudahnya menjadi seorang lelaki. mudah juga menjadi seorang abang kepada insan kerdil seperti aku. acapkali mama dimasukkan ke hospital, kedatangan mereka umpama melawat rakan sepejabat yang demam dan dimasukkan ke hospital. baru dua jam menunggu sudah pelbagai status dicoretkan di wall fbnya..sehinggakan ungkapan lembu berpegang pada tali pun keluar tatkala aku pulang ke rumah mengambil keperluan mama, mandi, solat dan menjamah sedikit makanan. satu kesalahan kerana aku lewat kembali semula ke hospital. kecil hatiku membaca coretannya di wall fb. tidak terfikirkah dia yang adiknya itu pasti belum makan kerna dari pagi menemani mana.

aku pasrah. anak lelaki zaman sekarang sudah tidak boleh diharapkan sebagai tonggak institusi kekeluargaan. sungguh sukar mencari anak lelaki yang sabar melayani kerenah dan menjaga ibu yang telah membesarkannya. andai ada anak lelaki yang sanggup meladeni serta menjaga mama dengan penuh kesabaran, pasti akan ku sunting jejaka tersebut sebagai pendamping sepanjang hayat..

pada-Mu ku bermohon

mama admitted di hospital putrajaya pagi tadi. dia jatuh dalam bilik air dan tak sedarkan diri. alhamdulillah tiada kecederaan dimana-mana. cuma tekanan darah yang sedikit tinggi. mungkin kerana belum makan apa-apa ubat darah tinggi dari pagi tadi.

lepas saya suntik insulin pagi tadi, mama tertido semula sebab mengantuk sangat katanya. saya pulak lepas suntik mama terus ke dapur sediakan sarapan pagi. lepas tu saya lepak depan tv. langsung tak sedar bila terlelap kembali.

saya terjaga sebab macam terdengar-dengar suara mama memanggil nama saya. bila saya sampai di bilik, kelihatan mama dah tertiarap di atas lantai bilik air. hanya tuhan yang tahu betapa panik saya di kala itu.

perkara pertama yang saya lakukan ialah cuba untuk terlentangkan mama. namun setakat manalah kudrat seorang wanita lemah macam saya ini. saya hubungi ambulans dan kemudian abang ipar dan kakak saya. 10minit kemudian kakak saya sampai dan tak lama selepas itu ambulans pun sampai.

test glukos dijalankan dan didapati kandungan glukos dalam darah mama rendah sangat. mama dah celik mata tapi dia tak dapat nak cam orang yang ada disekelilingnya. setelah disuntik dengan glukos, mama saya dikejarkan ke wad kecemasan hospital putrajaya. memandangkan usianya yang sudah mencecah 59 tahun, dia terus ditolak ke zon kuning. zon separa kritikal. bila dicek sekali lagi, kandungan glukosnya ialah 2.9. sangat rendah.

setelah 2 jam ditempatkan di zon pemerhatian ruangan kecemasan, doktor memutuskan supaya mama dimasukkan ke wad 4b.

dan alhamdulillah sekarang keadaannya semakin pulih. masih sedikit menggigil kerana tak tahan sejuk. semoga allah berkati mama dengan kesihatan dan kesembuhan. amin

Saturday, September 29, 2012

tired but happy

hari ni sangat menyeronokkan..dah lama tak dapat rasai pengalaman berpeluh di tengah panas dan berusaha merampas dan menepis seberapa banyak bola dari team lawan..its a joy..rindukan kenangan semasa zaman universiti..berhempas pulas mewakili fakulti..msin netball sambil cuci mata ;p

Saturday, September 22, 2012

sister's bonding

one thing i like about kim kardashian's sitcom - the bonding between sisters..walau macam mana teruk mereka bergaduh pun bila ada masalah they support each other and always there for each other..sister's talk is the best in the world