Selama ni kakak ingatkan kad debit Bank Islam kakak tu tak dikenakan sebarang caj tahunan. Sebelum ni malas nak semak penyata bulanan. Tergeraklah pulak hati ni nak semak penyata bulan Ogos. Bayangkan punyalah terkejut kakak kenapa ada BIDC Charges (caj tahunan) sebanyak RM13 dikenakan pada 30 Ogos 2018. Mulanya ingatkan kakak ada langgan apa-apa perkhidmatan tapi lupa. Kakak call BIMB Hotline (03-2690 0900) dan dimaklumkan memang sejak lama dahulu lagi Bank Islam memang mengenakan caj tahunan kepada pemegang kad debit mereka.
Moral of the story, lepas ni kakak kena rajin-rajin semak penyata bulanan. Takdelah nanti terkejut badak bila terpapar apa-apa caj luar alam dalam penyata tu.
p/s: kakak ingatkan takde caj tahunan kad debit ni since kad debit dan kad kredit Maybank kakak takde kena sebarang caj tahunan pun ☹
No comments:
Post a Comment