Thursday, December 22, 2011

marksman...

modul polis yang lepas telah memberi peluang kepada saya untuk mencuba aktiviti menembak menggunakan pistol p99. satu pengalaman yang tak akan saya lupakan sampai bila-bila. pistol yang hanya seberat 690 gram itu terasa seperti berkilo-kilo beratnya apabila diacukan ke hadapan.
sebelum dibenarkan memegang pistol buatan US tersebut, kami terlebih dahulu diberikan penerangan yang terperinci mengenai struktur pistol dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diamalkan bagi menjamin keselamatan semua.
hari yang ditunggu-tunggu (17/12/2011) pun tiba. seawal jam 5.30 pagi aku dah bersiap-siap mengemas barang untuk dibawa pulang memandangkan petang ini kami semua akan bergerak pulang ke bukit kiara.
perjalanan kami ke lapang sasar pada pagi itu dengan menaiki balck maria. saya berpeluang duduk di depan kerana menemankan kak yan yang sakit kaki.
sesampai di sana, kami semua terus diminta untuk bergerak ke bahagian belakang. setelah segala persiapan selesai dilaksanakan, ujian dimulakan oleh 10 orang peserta lelaki sidang kami. pertama kali mendengar peluru hidup dilepaskan dari pistol tersebut,jantung saya rasa macam nak melompat keluar. kuat sungguh bunyi dia. macam manalah petugas keamanan mampu bertahan mendengar bunyi tembakan tersebut walhal saya yang baru sekali dengar pun dah terkejut tahap cipan.
sepanjang empat detail (panggilan untuk barisan yang terdiri daripada 10 orang) yang telah menembak, tiga orang peserta lelaki telah mendapat markah penuh, 100%. bila tiba giliran saya menembak, hati saya berdebar-debar sampai boleh dengar degupan jantung yang semakin kencang. takut nak pegang pistol yang diisi dengan peluru hidup. hanya doa sebagai bekalan agar segalanya berjalan lancar dan tiada kemalangan jiwa yang berlaku kepada kami semua.
alhamdulillah, saya berjaya menempatkan diri sebaris dengan tiga orang jejaka yang mendapat markah penuh itu. gembira tak terkata. pengalaman paling manis buat diri saya yang baru pertama kali memegang pistol. sukaaaaaaaaa sangatttttttttttttt
walaupun akhirnya saya dapat tempat kedua dalam pertandingan akhir tapi still happy tak terhingga

pilihanmu...

jelas sudah pendirian NS (rujuk entry sebelum ni) untuk terus memulaukan aku. buktinya, dia lebih memilih untuk meminta bantuan rakan yang duduk di sebelahku untuk memanggil seorang lagi rakan yang berada di depan berbanding aku yang telah sedia menoleh ke arahnya.
rambut sama hitam, hati tak siapa yang tahu

Monday, December 19, 2011

aku sedar diri

telah menjadi kebiasaan untuk MT dan saya duduk bersebelahan di dalam bas jika ada pergerakan keluar daripada INTAN. namun kali ini situasi telah berubah disebabkan oleh konflik yang berlaku di antara ND dengan saya (refering to the last entry).
pada awalnya MT ajak saya duduk sekali dengannya memandangkan kami memang selalu duduk bersama di dalam bas. dan dia juga memaklumkan bahawa tempat duduk kami telah di 'reserve' kan oleh ND.
namun bila tiba di atas bas, ND terus mengajak MT duduk disebelahnya dan mengabaikan aku yang tengah berdiri di laluan tengah. atas dasar sedar diri, aku terus bergerak ke tempat duduk di bahagian depan yang masih kosong.
sejak detik tersebut, kumpulan yang selama ini selalu bersama-sama walau ke mana-mana kami pergi telah mula menjauhkan diri atau lebih tepat lagi memulaukan aku. sedih rasa hati kerana konflik itu hanya melibatkan aku, ND dan ZK. tapi mengapa ahli kumpulan yang lain turut mengambil tindakan memulaukan aku. sepatutnya mereka menjadi pihak berkecuali yang tidak melibatkan diri dengan konflik tersebut.
situasi tersebut amat ketara ketika kami tiba di akademi bagi modul seterusnya. hanya MT sahaja yang masih tetap menyapa aku. yang lain-lain akan bertindak seperti aku tak wujud di situ. malahan NS yang sebelum ini pernah menjadi rakan sebilik aku turut berkelakuan yang sama.
keadaan ini turut disedari oleh KY yang merupakan roomate semasa di akademi tersebut. sebagai seorang yang berpangkat kakak dan telah berumahtangga, KY telah menemui aku dan bertanyakan hal tersebut kerana menurut beliau keadaan tersebut amat ketara di matanya.
dan kini, setelah kembali semula ke INTAN, keadaan masih belum berubah. rutin yang sebelum ini bersama-sama bergerak ke kelas berjalan seperti biasa namun tanpa melibatkan diriku. aku sedar diri. oleh itu, tanpa perlu bergantung kepada sesiapa aku akan cuba untuk mengharungi sisa-sisa 3 bulan yang mendatang ini.
Ya Allah Ya Tuhanku..Kau berikanlah kekuatan rohani dan jasmani agar aku mampu menghadapi cabaran ini. ~amin~
saya akan ceritakan pengalaman menembak buat pertama kali dalam entry yang seterusnya. nak gerak ke kelas dulu. tada... =)

Saturday, December 10, 2011

feeling down...

stress...
tension...
sedih...
kecewa...
...
kenapa cepat sangat jump into conclusion. cuba dengar dulu penjelasan. perancangan yang dilakukan tidak sesempurna perancangan Yang Maha Kuasa.

Friday, December 2, 2011

kelas kau maria...

pagi tadi kami semua kena buat group presentation bagi modul tadbir urus tempatan dan pengurusan wilayah. memang menduga iman sebab slide kumpulan saya siap jam 5.30 pagi tadi setelah sepanjang malam berkampung di lounge lelaki.
pagi tadi datang masuk dewan sri intan dalam keadaan mamai tahap gaban. kesimpulannya ramai yang kena tembak 'kaw-kaw' punya oleh 'kelas kau maria' ~huhu~

Tuesday, November 22, 2011

ngaummmm...

gamat sungguh lounge wanita di ikwas malam tadi. saling bertingkah dengan lounge lelaki yang tak kurang kalah gamatnya.
tahniah buat harimau malaya. tak sia-sia kami tangguh buat assignment semata-mata nak support diorang dari ikwas ni. nasib baik hari ni cuti umum di johor. so, tak perlulah kelam kabut bersiap nak ke kelas. kalau tak sure ramai yang shahid di perbatasan hari ini =)
walau pun saya ni bukanlah peminat fanatik sukan bola sepak ni, tapi demi malaysia sanggup tu bersengkang mata tengok bola malam tadi. penuh aksi-aksi yang boleh mendatangkan serangan jantung berkali-kali. ada yang sepak bola macam nak tak nak je. ada yang malas lari. ada yang asyik nak tackle orang sampai jatuh. pokoknya, macam-macam ada.
but overall saya salute sebab mereka masih teruskan usaha dan tidak berputus asa demi malaysia tercinta. syabas harimau malaya =)

Monday, November 21, 2011

off to ikwas

semalam kami selamat tiba di ikwas untuk modul kewangan. alhamdulillah. semoga segalanya berjalan lancar sepanjang dua minggu kami di sini =)

Tuesday, November 15, 2011

ampun tuanku beribu-ribu ampun

kursus kami ini merupakan medium yang membuka ruang untuk kami semua belajar banyak benda baru. selain itu, kami juga berpeluang merasa atau mengalami pengalaman-pengalaman yang tak mungkin kami dapat jika kami tak hadiri kursus ini.
pengalaman yang saya maksudkan ialah hadir dalam majlis menaikkan bendera peribadi SPB YDP Agong di Istana Jalan Duta. satu pengalaman yang mengujakan apabila dapat menyaksikan sendiri perarakan dan perbarisan pasukan pengawal beruniform yang akan berkhidmat di istana tersebut. smart sungguh kawad kaki yang dipersembahkan.
selain itu, kami turut berpeluang melawat ke balairong seri iaitu tempat dimana penganugerahan oleh SPB YDP Agong dilakukan. mungkin pengalaman ini merupakan yang pertama dan terakhir bagi saya. sangat mengujakan. terima kasih kepada ustaz syafiie kerana beri peluang kepada sidang saya untuk hadir dalam majlis tersebut.

Tuesday, November 8, 2011

turun padang

pagi tadi kami berpeluang berjumpa dengan KSN. KSN sudi datang ke INTAN Bukit Kiara untuk beramah mesra dengan peserta kursus.
antara amanatnya yang terkesan di hati ialah:
bertindak seperti tindakan yang akan anda ambil 10 tahun
akan datang

Friday, November 4, 2011

time untuk menghitamkan diri #4


selamat sampai di obml setelah ekspedisi berwhaler ke pulau rumbia. bagi yang tak tahu whaler tu apa, meh sini saya cerita sikit. whaler ni sejenis sampan versi besar. lapan orang perlu berdayung untuk menggerakkannya. jika terdapat angin yang bertiup, layar akan dinaikkan bagi memudahkan pergerakan. jika ketiadaan angin, maka lapan orang yang saya ceritakan tadi perlu berdayung.
ekspedisi kami semasa pergi hanya mendapat bantuan angin selama 30 minit dan selebihnya kami berdayung bergilir-gilir dengan ahli kumpulan yang lain. ada beberapa orang yang mabuk tetapi tiada yang muntah sepanjang perjalanan pergi dan balik.
pengalaman menarik yang saya alami ialah peluang untuk menunaikan hajat kecil di laut semasa whaler sedang belayar. of course dengan bantuan tali yang diikat di badan serta lifebuoy (pelampung) yang disarungkan ke badan. kalau terjun buta-buta macam tu je haruslah saya kecut perut kan.
kami bermalam di pulau rumbia pada malamnya. dalam hati saya berdoa tanpa putus agar tidak berlaku ribut. cukuplah pengalaman sekali bermalam dalam ribut semasa di teluk sekadeh. alhamdulillah, malam tu langit cerah dan cuma sekali-sekala dihiasi dengan gerimis kecil. saya dan 5 orang rakan yang lain telah menghabiskan malam tersebut dengan berbaring di atas sekeping tent sheet menghadap ke pantai. kenapa nak berembun pulak? haruslah supaya senang bangun keesokan paginya sebab kami kena masak untuk bekalan makan tengahari kami.
pengalaman yang tak akan dapat saya lupakan sampai bila-bila kerana masa inilah saya belajar sesungguhnya setiap individu itu pelru memainkan peranan masing-masing agar matlamat yang pada asalnya nampak mustahil akan dapat dicapai dengan jayanya.
selain itu, setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. oleh itu, sebagai insan biasa, belajarlah menerima kelemahan dan kelebihan tersebut supaya kita tidak diselubungi oleh rasa tidak puas hati yang akhirnya akan merugikan diri.

Tuesday, November 1, 2011

time untuk menghitamkan diri #3

secara rasminya saya telah mendapat haji teluk sekadeh
setelah bertungkus-lumus mendayung kayak bersama-sama john (partner saya) dari jam 8.30 pagi hingga 3.30 petang, kami akhirnya sampai juga di teluk sekadeh. kalau sebelum ni saya meragui kemampuan saya untuk go beyond my limit, sekarang ni saya dah yakin yang saya mampu lakukan perkara yang disangkakan mustahil pada awalnya, tapi dengan semangat dan keazaman insya allah matlamat tersebut akan dapat dicapai.
thanks to john for his patience =)

Sunday, October 30, 2011

time untuk menghitamkan diri #2

hari kedua di obml:

hari ni kami diajar dengan ikatan asas yang biasanya digunakan dalam aktiviti harian. agak memeningkan bagi orang yang tak berapa minat dengan ikatan tali ni. hehe.

pada sebelah petang pula, kami dapat berlatih berkayak dengan pasangan masing-masing. organizer galakkan supaya setiap pasangan kayak adalah berlainan jantina. relevannya ialah kudrat lelaki diperlukan sebagai persediaan jika berlakunya apa-apa perkara yang tidak dijangka. watch kami memang cukup pasangan masing-masing. so, takde masalahlah.

saya rasa terharu pulak bila penghulu pun request saya jadi partner dia masa kami on the way nak ambil life jacket kat stor watch sebelum mula latihan. tapi seorang islam yang baik ialah mereka yang berpegang kepada janji. atas dasar tersebutlah saya terpaksa tolak. padahal dalam hati nak sebab dia dah pernah buat semua aktiviti tu (advantage sungguh kalau jadi partner dia kan)

satu pelajaran baru yang saya dapat ialah boleh je kalau nak membuang (kecil + besar) masa kat tengah laut. caranya dengan membentuk formasi rafting (3-4 buah kayak disusun sebelah-menyebelah rapat-rapat). lepas tu keluarlah dari kayak tu dan berpaut kat depan kayak sambil teruskan urusan yang "tergendala" tu.

selain itu, kami turut diarahkan untuk membuat latihan capside (tak tahu betul ke tak ejaan dia ni), keadaan bila kayak tu terbalik. cuak sungguh sebab saya kan fobia kalau nak kena masukkan kepala kat dalam air laut. pelajaran penting yang saya peroleh petang tadi ialah percayakan life jacket yang kita pakai dan percayakan partner kayak kita (tapi kena pastikan yang dia pandai berenang dululah kan =p )

time to sleep. esok nak kena bangun awal sebab nak kena loading barang-barang camping dalam motherboat sebelum berlepas. nyte all

Saturday, October 29, 2011

time untuk menghitamkan diri #1

hari ni sidang kami dan sidang c akan bergerak ke lumut untuk mengikuti aktiviti outward bound malaysia lumut (obml) atau lebih famous dengan panggilan obs. kalau sebelum ni adakalanya rimas bila tok sidang asyik suruh kami datang awal 10 minit setiap kali ada kelas/perjumpaan, kali ni saya bersyukur kerana tok sidang remind kami supaya ada kat tempat berkumpul 10 minit lebih awal daripada masa yang telah ditetapkan.

kerana apa? sebab datang awallah sidang kami terlepas daripada kena denda push up oleh pengarah intan. thanks tok sidang (thou saya tau dia takkan baca entry ni still nak show my appreciation to him =p )

alhamdulillah, sidang kami semuanya dapat pergi aktiviti obs ni. syukur sangat-sangat sebab sidang lain ada yang tak dapat pergi sebab masalah kesihatan.

dalam ramai-ramai instructor yang diperkenalkan, hanya ada seorang je instructor perempuan iaitu cik didy. kagum tengok cik didy mampu cabar diri sendiri agar setaraf dengan kemampuan instructor lelaki yang lain. yang buat saya tersenyum lebar ialah saya dapat instructor yang saya kagumi tu. siapa lagi kalau bukan cik didy ~weeee~

lupa nak cerita in advance. sampai je kat obml, kami dipecahkan kepada kumpulan kecil (lebih kurang 14 orang satu kumpulan) yang dikenali sebagaia watch. guess what. watch saya terdiri daripada jejaka-jejaka yang boleh dikategorikan sebagai jejaka harapan malaya. jangan salah tafsir ye. jejaka harapan malaya yang saya maksudkan kat sini ialah penghulu, tok sidang, ajk sukan peringkat federal, seorang tu bekas palapes, dan tiga orang lagi tu jenis badan besar yang boleh disandarkan harapan untuk kerja-kerja berat =p

masin sungguh mulut tok sidang saya tu. kenapa saya cakap macam tu? sebab masa kat bukit kiara dia pernah request saya jadi partner kayak dia. saya cakap tak semestinya kami akan satu kumpulan. tengok-tengok kami memang satu kumpulan. curious pulak dengan kebolehan dia untuk mena'kul ni. yang tak tahan tu, lepas tahu je kami satu kumpulan, dia dengan bangganya kata:
"kan aku dah cakap kita satu kumpulan. ceh.."

lain kali saya nak suruh dia predict hujan time-time saya malas nak turun bersukanlah. aci tak =p

Friday, October 28, 2011

dia pun ada juga..

hari yang agak padat tap ibelum sampai tahap giga lagilah.

hari ni sidang saya merupakan urus setia bagi perhimpunan bulanan. thanks to our tok sidang yang suka meng'offer' diri untuk jadi orang pertama. ada pro's dan con's jadi yang pertama ni. but anyway, everything went well thou there's always room for improvement.

lepas je perhimpunan bulanan tu, kami ada ujian penilaian bagi modul ict. gila hebat kan jawab soalan tak baca apa-apa secara serius. saya jawab soalan berdasarkan apa yang saya ingat masa penceramah explain dalam kelas (crossing my fingers hoping that ill pass the exam)

malamnya pulak kami berbondong-bondong ke dewan serba guna untuk menyokong malam protokol sidang c. tema persembahan mereka "tribute to p. ramlee". style sungguh persembahan mereka.

yang buat hari berbunga-bunga tu, si dia duduk di kawasan yang agak strategik untuk diperhatikan. cuci matalah saya tadi. weee~

lepas habis je ulasan penyelaras program berkenaan persembahan malamb tu, kami semua berganding bahu mengemas dewan. dalam masa tak sampai setengah jam, dewan tu siap dikemaskan. hikmah berganding bahu, kerja yang berat pun jadi ringan.

tapi lepas tu, semua kena denda sebab ada rakan-rakan yang park kereta kat kawasan asrama. selaras dengan konsep "one for all and all for one", semua peserta pun kena denda jugak. terkenang zaman-zaman komander dulu. ungkapan tu dah tak asing lagi dah. kalau dulu, bila buat salah je semua kena denda hentak kaki tapi sekarang ni kena denda senaman asas.

jangan tertipu dengan terma senaman asas tu ye. senaman asas yang dimaksudkan ialah kena buat sampai 50 kali. aktiviti tu adalah sangat menduga lemak-lemak yang telah bermukim dalam badan saya dan rakan-rakan. sampaikan ada rakan-rakan yang pengsan.

yang paling terharu ialah perwakilan peringkat federal dan tok sidang serta mak sidang kami kena denda extra daripada kami. rasa guilty sebab mereka kena denda lebih bagi pihak rakan-rakan yang dah "tergelincir" tu walaupun saya bukanlah salah seorang yang "tergelincir" tu. tq very much mak tok & firdaus. appreciate it.

oklah. nak tido dulu sebab esok nak bangun awal packing barang-barang yang nak kena bawa ke obs. semoga selamat perjalanan pergi/pulang kami semua ke/ daripada lumut. amin~

Thursday, October 27, 2011

not available anymore =(

saya lupa nak cerita sebelum ni. room mate saya skang ni adalah orang yang sama sebilik dengan saya sejak hari pertama mendaftarkan diri ke kursus ini. seorang yang sangat happy go lucky. seronok dapat room mate yang mempunyai karakter begitu kerana secara tak langsung mood happy dia tu berjangkit ke saya.
nak dijadikan cerita, semasa sesi meluahkan perasaan di bilik telah terbongkarlah rahsia bahawa dia pun selalu usha orang yang sama yang diusha oleh saya. sehati sejiwa betul kami ni. mempunyai hobi mengusha orang yang sama =p
so, hot story hari ini ialah pagi tadi ada latihan suai fizikal (nama je gempak tapi sebenarnya senaman di waktu pagi). room mate saya telah berjaya mendapatkan maklumat bahawa si dia menjadi pujaan hati ramai bunga-bunga daripada sidangnya sendiri. dan ada juga ura-ura si dia akan melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya (bukan peserta kursus kami) pada tahun depan.
huhu. ada dengar bunyi kaca yang terhempas ke lantai dan retak sepuluh ribu tak (sungguh hiperbola perumpamaan tersebut). hehe.
haruslah sedikit kecewa kan bila dengar berita tu. tapi nak buat macam mana kan. terimalah dengan seadanya ketentuan Ilahi. kita hanya mampu merancang dan tuhan yang menentukan segalanya. biarlah dia terus kekal sebagai pemangkin untuk saya terus bersemangat mengikuti kursus ini.
positive thinking saya pada hari ini ialah:

Allah telah menciptakan jodoh bagi saya sejak di lohmahfuz lagi. apa yang perlu dilakukan ialah sabar dan berusaha memperbaiki diri sebagai persediaan untuk hari-hari mendatang.

Tuesday, October 25, 2011

akhirnya...ku pasti

petang tadi ada majlis perasmian mentor-mentee. betul-betul macam zaman sekolah dulu. yang membezakannya ialah saya menjadi mentor pulak kali ni.
enuf with dat story. sebenarnya nak cerita pasal si dia. hehe. dia duduk belakang saya masa majlis tadi ~weee~
hari ni juga saya berjaya mengetahui nama penuh dia. mesti ramai tertanya-tanya kenapa baru sekarang saya tau nama penuh dia. kata minat kat dia. takkan benda kecil macam tu pun tak tau kan.
semuanya kerana ramai sangat yang pakai name tag yang sama dengan dia. tu pasal lah saya tak dapat nak detect apa nama sebenar dia. and now i know ~weeeeeeeeeeee~

Saturday, October 22, 2011

and we left the place...

hari ni kami kembali semula ke bukit kiara untuk tempoh seminggu bagi modul pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi. sekejap je masa berlalu. pejam celik-pejam celik dah dekat sebulan kursus ni berlangsung. banyak pengalaman berharga yang dapat diceduk daripada modul kali ini

Thursday, October 20, 2011

there's always first time for everything...

sebelum ni hanya melihat dari jauh dan menjadi pemerhati je. tapi hari ni saya berpeluang untuk join sekali games yang sebelum ni memang outlah daripada to-do-list.
aktiviti riadah petang tadi dimulakan dengan bermain netball kemudian diikuti dengan futsal. seronok sangat walau pun saya lebih banyak ketawa daripada berlari. disebabkan kesakitan punggung yang masih belum sembuh sepenuhnya, saya hanya berlegar-legar di depan gawang gol menemani mak tok memelihara pertahanan kumpulan d9 daripada ditembusi oleh pihak lawan.
lepas main futsal, kami beralih ke gelanggang volleyball pulak. tapi saya hanya berani bermain dengan kumpulan tangan keras a.k.a group tak reti main. seronok juga rupanya main volleyball ni bila saya dah dapat rentak bagaimana nak buat hantaran pertama yang diluar gelanggang belakang tu. bila dah ok dalam service bola, saya try pulak sambut bola yang diservice oleh pihak lawan. walaupun group tangan keras ditewaskan oleh group orang-orang hebat, tapi ianya pencapaian yang amat memberansangkan kerana kami tewas tipis je dengan pasukan tuan rumah.
insyaallah, jika berpeluang, saya ingin main lagi volleyball dan futsal ~weeeee~

Sunday, October 9, 2011

its beach time

hari ni hari pergerakan keluar ke kampus wilayah. aura positif seakan memancar-mancar di wajah setiap ahli sidang saya. dengan 2 buah bas, kami meneruskan perjalanan ke intim untuk modul pengurusan sumber manusia & organisasi (pesmo) serta modul perancangan & pentadbiran sosial/infrastruktur (pepsi). perjalanan yang memakan masa lebih kurang 5 jam ini berhenti rehat di hentian rehat & rawat temerloh untuk melepaskan hajat terpendam sebelum kembali meneruskan perjalanan menuju ke destinasi yang satu itu.
satu pengalaman baru kali ini ialah kami di tempatkan di rumah kuarters pegawai. setiap kuarters memuatkan seramai 10 orang untuk mendiami sebuah rumah 3 bilik tidur dan 2 bilik air. actually ada satu lagi bilik kat kawasan dapur tapi bilik tu tak didiami kerana bilik di ruang tamu telah dapat menampung keseluruhan ahli rumah kami

Saturday, October 8, 2011

bidan terjun

hari ini ada pilihan raya umum untuk memilih perwakilan induk. pengalaman pertama aku membuang undi. sangat menyeronokkan.
selepas membuang undi aku sibuk pula dengan persiapan untuk malam kenegaraan. banyak lagi persiapan yang belum selesai. di saat-saat akhir ada sahaja perkara yang timbul. niat asal untuk terlibat secara bantuan sokong telah bertukar kepada timbalan pengarah projek. satu tugasan yang amat meletihkan. kenapa aku bilang meletihkan?
kerana aku ni dah jadi tempat lambakan masalah yang perlu diselesaikan. dari sekecil-kecil perkara kepada menjadi bidang terjun untuk kebanyakan perkara. dan pengajaran berharga yang aku dapat ialah aku masih belum memiliki kesabaran yang kental di dada

Friday, October 7, 2011

chipsmore

nampaknya kami sehati dan sejiwa. kenapa aku cakap macam tu?
sebab di waktu mata dah hampir layu time dengar ceramah tadi aku dengan jayanya telah meng "pow" chipsmore farrah. tengah asyik masyuk mengunyah tu, mata ni sempat lagi menjeling ke arah tempat duduk dia. ternyata dia pun tengah mengunyah. hati berbunga-bunga sungguh hari ni ~weeeeeeeeeeeee~

Wednesday, October 5, 2011

tanpa kaca mata

hari kedua si dia diperhatikan dari jauh. semacam ada suatu tarikan pada wajahnya yang membuatkan mata ni asyik menjeling ke arahnya. hani ni aku berpeluang melihat wajahnya tanpa kaca mata. sama indah sama ada berkaca mata ataupun tidak. masya allah. indahnya ciptaan Allah.

Tuesday, October 4, 2011

dari kerana mata...

hari ni hari selasa. kami dah start modul kenegaraan di dewan serba guna. sepanjang minggu ni kami akan ada kelas di sini.
malam tadi kami dipecahkan mengikut sidang. lebih kurang 72 orang satu sidang. aku antara bunga-bunga yang menghiasi sidang d.
seperti biasa, bila dah masuk mode mendengar ceramah, mata ni mesti melilau mencari kumbang-kumbang yang boleh dijadikan pemangkin supaya lebih bersemangat nak datang kelas kan. hehe
dan keputusannya adalah berjaya dengan cemerlangnya. yaay!!!
kumbang yang terpilih tu dalam sidang e. sedikit kecewa sebab bukan dalam sidang yang sama. bermakna kebanyakan aktiviti kami tak bertembung kecuali modul yang berada di bukit kiara ataupun modul wataniah nanti ~sigh~
anyway, still semangat terus berkobar-kobar sebab masih ada masa nak mencuci mata. hehe

Monday, October 3, 2011

kem lambaian danau, jasin melaka

i'm back in bukit kiara. after 3 days dilanyak oleh penyelaras program dan fasilitator kem lambaian danau. merasalah naik gelongsor yang terjun direct ke dalam lumpur dan merangkak-rangkak nak menangkap ikan keli. pengajaran yang aku dapat sepanjang kursus ni ialah kita perlu bina semangat berpasukan kalau nak berjaya bersama-sama dengan rakan pasukan yang lain dan jangan terlampau pentingkan diri sendiri.

Saturday, October 1, 2011

ready to rock and roll

hari ini merupakan hari pendaftaran bagi mengikuti kursus pengesahan perkhidmatan yang akan memakan masa selama 6 bulan. alhamdulillah. segalanya berjalan dengan lancar.

Tuesday, August 30, 2011

salam lebaran

selamat hari raya aidilfitri
semoga ramadhan kali ini bukan ramadhan yang terakhir buat saya

Wednesday, August 24, 2011

kena telan sudah...

hari ni penjawat awam dapat gaji. seperti kebiasaannya, masuk je gaji perkara paling utama yang dilakukan ialah bayar duit kereta. penting tu. kalau lengah-lengahkan mahunya tak terbayar ansuran bulanan kereta tu nanti sebab dah digunakan untu tujuan lain.

so, balik keje tadi saya terus singgah atm untuk masukkan duit kereta since akaun bank gaji tak sama dengan akaun bank untuk bayar duit kereta. dalam kekalutan nak cepat tu, tak perasan pulak antara duit yang dimasukkan tu ada yang berlipat. apalagi, mesin cash deposit tu pun terus telan duit saya sebelum memaparkan ayat ni.
cash jammed. please contact bank
bila nak telefon call centre dia pun sikit punya banyak nombor nak kene tekan sebelum dapat cakap dengan operator dia. alhamdulillah, operator tu cakap dia dah failkan aduan dan kena call diorang semula next week untuk semak sama ada duit tu dah dikreditkan kembali ke dalam akaun atau belum.

time-time nak raya ni lah pulak cash deposit machine tu nak telan duit saya kan. dugaan di bulan ramadhan kan. tapi satu berita gembira yang saya terima tak sampai setengah jam kemudian ialah along dah bermurah hati masukkan duit raya saya. yaay!!!

moral of the story:

bila satu pintu rezeki yang ditutup oleh Allah masih ada lagi pintu rezeki lain yang dibukakan untuk kita. syaratnya kita kena sabar banyak-banyak



Tuesday, August 23, 2011

15 minit sahaja...






jam 9.00 pagi tadi tiba-tiba saya didatangi oleh PUU membawa hajat besar supaya dapatlah kiranya saya bantu beliau sediakan slide untuk digunakan dalam taklimat beliau esok. dengan muka tak bersalahnya beliau bagitau taklimat esok jam 9.00 pagi. so, saya kena siapkan secepat mungkin supaya beliau ada masa untuk semak slide tersebut.

ohh kejam sungguh!!! saya cuma ada setengah jam sahaja sebelum perlu bergegas untuk menghadiri satu mesyuarat pada jam 9.30 pagi. nasib baik mesyuarat tu dalam bangunan yang sama. cuma kena tekan lif untuk naik ke tingkat 10.

still kejam jugak!!!

mesyuarat yang dijangkakan tak memakan masa yang lama (patutnya selesai dalam jam 11.30) tapi memakan masa yang sungguh lama. mesyuarat di bulan ramadhan adalah sangat menguji mata dan perut. baru sejam mesyuarat perut dah bernyanyi dengan riangnya. tak ketinggalan mulut asyik nak menguap je. terpaksalah cover keayuan masa nak menguap tu kan.

ok nak buat pengakuan jujur ni. saya escape mesyuarat tu. hehe. jam 11 pagi saya dah turun balik untuk siapkan slide taklimat tu =)

justifikasi saya ialah kerana saya perlu ringkaskan buku yang mengandungi 60 muka surat untuk taklimat tu. anggap sahaja alasan tersebut adalah sangat kukuh kerana taklimat tu untuk pengurusan atasan JPA =p

setelah bertungkus-lumus menyiapkan slide tu tanpa menghiraukan waktu rehat, slide tu akhirnya siap jam 3.30 petang tadi. lepas dah e-mel slide tu kepada PA PUU, saya pun telefon kak mini (PA PUU) untuk check sama ada e-mel tu dah sampai ke belum. yang stressnya tu kak mini baru je dapat panggilan daripada urus setia bagitau yang mereka peruntukkan 15 minit je untuk sampaikan taklimat tu!!!

mana sempat nak sampaikan 36 slide dalam masa 15 minit kan. haruslah cuma 10 slide je yang diperlukan untuk taklimat selama 15 minit tu. huhu. pasrah jelah sambil perut berbunyi dengan nyaringnya menyatakan protes mereka yang tak terhingga.
moral of the story:

jangan lupa semak berapa masa yang diperuntukkan untuk taklimat tu

Wednesday, August 10, 2011

sedar @ di luar kesedaran...

petang semalam pejabat saya adakan majlis berbuka puasa bagi kakitangan jabatan kami dengan menjemput menteri bagi memeriahkan majlis tersebut. beberapa rakan seangkatan telah ditugaskan sebagai usherer/penyambut tetamu. haruslah cik adik yang manis-manis dan come-lote yang ditugaskan sebagai penyambut tetamu kan.

ramai jugak yang hadir dengan membawa ahli keluarga sekali. makanan/perkhidmatan yang disediakan kurang memuaskan kerana ada yang tak dapat makanan ekoran lauk yang telah habis tidak ditambah dengan segera sehingga setelah lama menunggu mereka pun balik je terus tanpa menjamah makanan.

ok. sebenarnya bukan perkara tu pun yang saya nak sentuh kat sini. yang buat saya termenung bermuhasabah diri ialah gelagat rakan-rakan yang ghairah melaram atau ber'jangok' (bak kata seorang kawan saya yang berasal dari Kelantan dulu). waktu tulah ramai yang memperagakan fesyen baju dan tudung terbaru koleksi peribadi mereka. termenung sejenak melihatkan ada antara mereka yang memakai baju yang agak ketat sehingga menampakkan garisan penties yang dipakai. saya pulak yang rasa segan. adakah beliau tak perasan atau buat-buat tak perasan. wallahualam..

dan saya memilih untuk tidak berprasangka buruk dengan menganggap bahawa beliau tak perasan pakaian tersebut agak mengganggu pandangan mata di bulan yang penuh barakah ini. sesunguhnya saya hanya mampu berjihad dengan hati pada masa itu. semoga allah memberi saya kekuatan untuk berjihad dengan perkataan pada masa akan datang. amin.

Tuesday, August 9, 2011

ramadhan ya ramadhan



ramadhan muncul kembali..pejam celik pejam celik sekejap je dah masuk bulan ramadhan 1432 hijrah..kalau nak ikut kalendar islam, hari ni hari jadi saya tau..9 ramadhan..tepat jam 8.50 malam mak saya selamat lahirkan saya kat rumah..almaklumlah, mak saya ni jenis yang takut nak pergi hospital..tu yang saya lahir kat rumah dengan bantuan bidan kampung..



mak saya selalu cerita, masa tu dia teringin sangat nak makan kuih cucur badak..kuih yang dalamnya ada kelapa parut pedas tu..malangnya saya ni dah tak sabar nak tengok dunia..siap je mak saya masak kuih tu dia pun rasa sakit nak bersalin..tak sempat pun nak merasa kuih cucur badak tu..sungguh tak menyempat-nyempat nak menjengok dunia..mungkin sebab tu kot sampai sekarang saya ni jenis yang agak terburu-buru kot..tak reti nanti dulu..hehe..kesudahannya kuih cucur badak tu jadi habuan makcik-makcik yang datang melawat mak saya malam tu..




durian runtuh

alhamdulillah..

syukur ke hadrat allah atas rezeki yang diturunkan di bulan ramadhan ni..hari ni kerajaan umumkan penjawat awam akan menerima bonus hari raya setengah bulan gaji dengan bayaran minimum rm500..bukan setakat penjawat awam, pesara kerajaan turut mendapat duit raya rm500 tahun ni..senyum lebarlah pak cik yer

sakit kepala saya terus hilang bila dengar berita ni..takdelah pening kepala lagi memikirkan kat mana nak korek duit untuk renew insurans kereta bulan depan..

moral of the story:

jangan mengelat time allocation bulanan untuk tujuan insurans kereta..kehendak perlu dikesampingkan untuk kebahagiaan kereta =)

Sunday, August 7, 2011

"cuti" ke

petang semalam saya tonton program diva di tv1..sebenarnya sebelum ni tak pernah pun tengok rancangan tu..cuma petang semalam tergerak hati nak tengok..ada slot sorang penyanyi ni cerita aktiviti harian dia sepanjang bulan ramadhan ni sambil buat mani dan padi..

dari gaya percakapan dia tu taulah saya yang dia ni seorang muslim sebab cerita pasal buka puasa dan persiapan hari raya bagai..yang buat saya kesal sikit tu ialah sambil-sambil cakap pasal puasa dan raya tu, dia boleh pulak dengan bangganya cerita hari ni dia pilih warna merah untuk menghiasi kuku dia..

di bulan ramadhan al-mubarak ni warnakan kuku di siang hari..setahu saya pewarna kuku ni tak boleh bawa sembahyang kan..sebab ia menghalang air mengalir di kuku tersebut..tak taulah pulak kalau sekarang ni dah ada pewarna kuku yang boleh dibawa bersolat..macam tak logik je kalau dia pakai mahal-mahal lepas tu cuci kuku tu time nak solat/berbuka nantikan..

tapi tak taulah kalau dia diberi "cuti" waktu tu kan..wallahua'lam

Friday, August 5, 2011

salam ukhuwah

alhamdulillah..berjaya jugak blog ni dihidupkan..blog ni saya wujudkan bukan kerana nak bersaing dengan sesiapa tapi sekadar medium untuk saya meluahkan perasaan..curahan hati..pandangan dan pendapat..kegembiraan dan kesedihan..perjalanan hidup..


so, kalau rasa-rasa tak suka tu silalah ke laman lain ye =)