Friday, November 4, 2011

time untuk menghitamkan diri #4


selamat sampai di obml setelah ekspedisi berwhaler ke pulau rumbia. bagi yang tak tahu whaler tu apa, meh sini saya cerita sikit. whaler ni sejenis sampan versi besar. lapan orang perlu berdayung untuk menggerakkannya. jika terdapat angin yang bertiup, layar akan dinaikkan bagi memudahkan pergerakan. jika ketiadaan angin, maka lapan orang yang saya ceritakan tadi perlu berdayung.
ekspedisi kami semasa pergi hanya mendapat bantuan angin selama 30 minit dan selebihnya kami berdayung bergilir-gilir dengan ahli kumpulan yang lain. ada beberapa orang yang mabuk tetapi tiada yang muntah sepanjang perjalanan pergi dan balik.
pengalaman menarik yang saya alami ialah peluang untuk menunaikan hajat kecil di laut semasa whaler sedang belayar. of course dengan bantuan tali yang diikat di badan serta lifebuoy (pelampung) yang disarungkan ke badan. kalau terjun buta-buta macam tu je haruslah saya kecut perut kan.
kami bermalam di pulau rumbia pada malamnya. dalam hati saya berdoa tanpa putus agar tidak berlaku ribut. cukuplah pengalaman sekali bermalam dalam ribut semasa di teluk sekadeh. alhamdulillah, malam tu langit cerah dan cuma sekali-sekala dihiasi dengan gerimis kecil. saya dan 5 orang rakan yang lain telah menghabiskan malam tersebut dengan berbaring di atas sekeping tent sheet menghadap ke pantai. kenapa nak berembun pulak? haruslah supaya senang bangun keesokan paginya sebab kami kena masak untuk bekalan makan tengahari kami.
pengalaman yang tak akan dapat saya lupakan sampai bila-bila kerana masa inilah saya belajar sesungguhnya setiap individu itu pelru memainkan peranan masing-masing agar matlamat yang pada asalnya nampak mustahil akan dapat dicapai dengan jayanya.
selain itu, setiap orang mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing. oleh itu, sebagai insan biasa, belajarlah menerima kelemahan dan kelebihan tersebut supaya kita tidak diselubungi oleh rasa tidak puas hati yang akhirnya akan merugikan diri.

No comments: