Monday, December 19, 2011

aku sedar diri

telah menjadi kebiasaan untuk MT dan saya duduk bersebelahan di dalam bas jika ada pergerakan keluar daripada INTAN. namun kali ini situasi telah berubah disebabkan oleh konflik yang berlaku di antara ND dengan saya (refering to the last entry).
pada awalnya MT ajak saya duduk sekali dengannya memandangkan kami memang selalu duduk bersama di dalam bas. dan dia juga memaklumkan bahawa tempat duduk kami telah di 'reserve' kan oleh ND.
namun bila tiba di atas bas, ND terus mengajak MT duduk disebelahnya dan mengabaikan aku yang tengah berdiri di laluan tengah. atas dasar sedar diri, aku terus bergerak ke tempat duduk di bahagian depan yang masih kosong.
sejak detik tersebut, kumpulan yang selama ini selalu bersama-sama walau ke mana-mana kami pergi telah mula menjauhkan diri atau lebih tepat lagi memulaukan aku. sedih rasa hati kerana konflik itu hanya melibatkan aku, ND dan ZK. tapi mengapa ahli kumpulan yang lain turut mengambil tindakan memulaukan aku. sepatutnya mereka menjadi pihak berkecuali yang tidak melibatkan diri dengan konflik tersebut.
situasi tersebut amat ketara ketika kami tiba di akademi bagi modul seterusnya. hanya MT sahaja yang masih tetap menyapa aku. yang lain-lain akan bertindak seperti aku tak wujud di situ. malahan NS yang sebelum ini pernah menjadi rakan sebilik aku turut berkelakuan yang sama.
keadaan ini turut disedari oleh KY yang merupakan roomate semasa di akademi tersebut. sebagai seorang yang berpangkat kakak dan telah berumahtangga, KY telah menemui aku dan bertanyakan hal tersebut kerana menurut beliau keadaan tersebut amat ketara di matanya.
dan kini, setelah kembali semula ke INTAN, keadaan masih belum berubah. rutin yang sebelum ini bersama-sama bergerak ke kelas berjalan seperti biasa namun tanpa melibatkan diriku. aku sedar diri. oleh itu, tanpa perlu bergantung kepada sesiapa aku akan cuba untuk mengharungi sisa-sisa 3 bulan yang mendatang ini.
Ya Allah Ya Tuhanku..Kau berikanlah kekuatan rohani dan jasmani agar aku mampu menghadapi cabaran ini. ~amin~
saya akan ceritakan pengalaman menembak buat pertama kali dalam entry yang seterusnya. nak gerak ke kelas dulu. tada... =)

2 comments:

Faseha said...

Wahai sahabat...teruskanlah tabahkan hati kamu di perantauan dan fokus dalam kerjayamu...kerana hati ini pasti bahawasanya kamu mampu melakukannya...kamu adalah seorang wanita yang cekal hatinya...tidak mudah mengalah dalam percaturan...janganlah kamu hadirkan diri dalam pertengkaran kerana ia bisa membinasakan dirimu...sebaiknya teruskanlah berbuat baik kepada mereka dan maafkanlah meraka...tindakan memulaukan sahabatnya atas dasar emosi itu adalah tindakan seseorang yang tidak matang...berbekalkan doa...hati ini pasti kamu akan berjaya...teruslah berharap kepadaNya semoga urusan kamu wahai sahabat dipermudahkan... InsyaAllah...

zo said...

terima kasih sahabat...